Thursday, October 5, 2017

Janji Allah



Setiap ujian ada hikmahnya.  Allah tak akan bagi ujian begitu sahaja, ini kerana Allah nak uji kita. Nak lihat kita sama ada kuat atas tak. Memang kadang-kadang kita merasakan ujian itu berat. Macam budak nak jawab soalan UPSR. Allah buat soalan tu macam soalan SPM. Ada yang Allah buat budak tu jawab senang. Maknanya, Allah nak uji kita. Ni, aku dengar ceramah ustazah pagi tadi la. 06 oktober 2017. Masa ni aku nak siap-siap pergi kerja la. Macam orang yang berumah tangga juga. Ada masa Allah bagi kebahgiaan selama 20 tahun. Selepas itu, ada ujian. Ada Allah uji sekarang. Sebab Allah nak tengok kita mengadu pada dia. Kita kena bersyukur setiap dugaan yang Allah bagi. Kena berusaha untuk menjadi lebih baik. Ini kerana, Allah dah tetapkan takdir hidup kita. Sama ada kita nak masuk simpang kanan atau simpan kiri. Cuba kita positif dalam hidup kita. Sebab kita tak boleh lalai. Allah tu Maha Kaya. Dia sayang hamba dia. Kadang-kadang kita lemah, kadang-kadang kita kuat. Allah mengambil sesuatu yang kita sayang dari hidup kita, dan mengantikan yang lebih baik dalam hidup kita. Sebab itu la, kita tak boleh lemah. In sha Allah, setiap ujian ada hikmahnya. Aminn. 

Image result for allah mengambil apa yang kita sayang dan menggantikan kita yang lebih baik

Thursday, June 15, 2017

Assalamualaikum, 

Sebenarnya aku ni tak pandai sangat nak berblog ni, 
apa yang tahu menulis apa yang aku nak.
Nak cakap pasal isi hati? Mak aii susah sekali.

Sekarang ni, umurku dah 27 tahun, hari ni 20Ramadhan 1438, bersamaan 15 June 2017.
Khamis, sekarang aku masih berkhidmat di kompeni kecil ini. Aku sekarang kembali single. Apa yang aku alami sebelum ini, banyak mengajar aku erti kehidupan. Aku tahu sebelum ini aku tidak sedikit pun fikir apa yang bakal aku alami, tapi aku anggap  ini semua dugaan dari Allah. So, aku bangkit selepas dapat sokongan dari keluarga aku sendiri. Jadi selepas ini kena lah hati-hati. Fikir sebelum bertindak.

In sya Allah semuanya akan baik. Amin.