Thursday, October 5, 2017

Janji Allah



Setiap ujian ada hikmahnya.  Allah tak akan bagi ujian begitu sahaja, ini kerana Allah nak uji kita. Nak lihat kita sama ada kuat atas tak. Memang kadang-kadang kita merasakan ujian itu berat. Macam budak nak jawab soalan UPSR. Allah buat soalan tu macam soalan SPM. Ada yang Allah buat budak tu jawab senang. Maknanya, Allah nak uji kita. Ni, aku dengar ceramah ustazah pagi tadi la. 06 oktober 2017. Masa ni aku nak siap-siap pergi kerja la. Macam orang yang berumah tangga juga. Ada masa Allah bagi kebahgiaan selama 20 tahun. Selepas itu, ada ujian. Ada Allah uji sekarang. Sebab Allah nak tengok kita mengadu pada dia. Kita kena bersyukur setiap dugaan yang Allah bagi. Kena berusaha untuk menjadi lebih baik. Ini kerana, Allah dah tetapkan takdir hidup kita. Sama ada kita nak masuk simpang kanan atau simpan kiri. Cuba kita positif dalam hidup kita. Sebab kita tak boleh lalai. Allah tu Maha Kaya. Dia sayang hamba dia. Kadang-kadang kita lemah, kadang-kadang kita kuat. Allah mengambil sesuatu yang kita sayang dari hidup kita, dan mengantikan yang lebih baik dalam hidup kita. Sebab itu la, kita tak boleh lemah. In sha Allah, setiap ujian ada hikmahnya. Aminn. 

Image result for allah mengambil apa yang kita sayang dan menggantikan kita yang lebih baik

Thursday, June 15, 2017

Assalamualaikum, 

Sebenarnya aku ni tak pandai sangat nak berblog ni, 
apa yang tahu menulis apa yang aku nak.
Nak cakap pasal isi hati? Mak aii susah sekali.

Sekarang ni, umurku dah 27 tahun, hari ni 20Ramadhan 1438, bersamaan 15 June 2017.
Khamis, sekarang aku masih berkhidmat di kompeni kecil ini. Aku sekarang kembali single. Apa yang aku alami sebelum ini, banyak mengajar aku erti kehidupan. Aku tahu sebelum ini aku tidak sedikit pun fikir apa yang bakal aku alami, tapi aku anggap  ini semua dugaan dari Allah. So, aku bangkit selepas dapat sokongan dari keluarga aku sendiri. Jadi selepas ini kena lah hati-hati. Fikir sebelum bertindak.

In sya Allah semuanya akan baik. Amin. 


Thursday, March 9, 2017

60 Petua Mendapat Pasangan-Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah


60 Petua Mendapat Pasangan-Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

60 Petua Mendapat Pasangan-Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah | Kepada yang masih mencari pasangan, Puteri lampirkan 60 petua mendapat pasangan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang perlu anda ketahui dan lakukan. Mana lah tahu kan, dengan usaha dari petua ini, anda berjaya dapat pasangan yang baik lagi soleh dan solehah. In shaa Allah, amin.. SELAMAT MENCUBA! =)
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Monday, February 27, 2017

Bagaimana Menemukan Kebahagiaan Hanya Dalam 5 Menit?

kebahagiaan
Saran umum yang sering kita dengar tentang cara mendapatkan kebahagiaan adalah dengan merubah sikap atau kebiasaan kita. Ini sangat tepat, namun kadang-kadang di situasi tertentu kita memerlukan cara yang mudah dan cepat untuk segera mengangkat mental kita dari keterpurukan.
Kabar baiknya adalah ada metode-metode sederhana yang dapat dengan instan mengangkat mental anda segera.
Dibawah ini adalah daftar metode bagaimana anda dapat menemukan kebahagiaan hanya dalam waktu 5 menit, berikut penjelasan bagaimana masing-masing metode tersebut bekerja.
Sedikit tips sebelum anda membaca lebih jauh : Jika anda hanya sekedar membaca dan kemudian mengangguk-ngangguk tanda setuju, anda tidak akan mendapatkan pengalaman apa-apa. Saya sangat menyarankan anda untuk mempraktekannya. Tidak sulit dan percayalah anda akan mendapatkan sesuatu dari metode tersebut.

1. Tulislah daftar terima kasih

”Rasa terima kasih adalah kunci menuju hidup bahagia, karena jika kita tidak berterima kasih, maka seberapa pun yang kita miliki, kita tidak akan bahagia – sebab kita selalu ingin sesuatu yang lain atau sesuatu yang lebih terus.”
– David Steindl Rast –
Kita sering tidak menyadari bahwa betapa banyak hal-hal yang kita sebetulnya dapat berterima kasih. Saya beri contoh sedikit saja untuk memancing otak anda : anda dapat makan 3 kali sehari, anda dapat menyelesaikan pekerjaan anda, anda dapat pulang ke rumah dengan selamat, anda dapat bermain-main dengan anak anda, anda bisa berjalan-jalan bersama teman-teman, anda dapat medengarkan lagu kesayangan anda, anda dalam keadaan sehat, dan masih banyak lagi yang lain. (Lihat juga 9 Alasan Anda Adalah Kaya)
Suatu penelitian mengatakan bahwa orang-orang yang hidupnya dipenuhi dengan rasa terima kasih dilaporkan tidak mengalami gangguan kesehatan yang berarti dan merasakan kehidupannya jauh lebih baik secara keseluruhan. Mereka bahkan membuat perkembangan yang positif atas pencapaian tujuan-tujuan penting dalam hidup mereka.
Latihan sederhana 5 menit ini saya yakin dapat merubah hidup anda :
Bagaimana menemukan kebahagiaan dalam 5 menit :
– Ambil sebuah pena.
– Ambil secarik kertas.
– Rewind otak anda semenjak anda bangun tadi pagi sampai dengan anda menulis saat ini.
– Tulislah 5 hal yang anda berterima kasih dalam hidup anda.
– Lakukan 5 menit setiap hari untuk mendapatkan manfaat yang permanen.

2. Rayakan lepasnya rasa terbelenggu anda

“Kebahagiaan selalu terlihat kecil jika anda hanya memegangnya di tangan anda, tetapi jika anda melepaskannya, anda akan belajar betapa besar dan berharganya kebahagiaan tersebut.”
– Maxim Gorky –
Saya akan memberikan sedikit ilustrasi : salah satu hal yang membuat kita merasa senang adalah ketika kita baru saja sembuh dari sakit. Setelah sekian lama kita terbaring di atas ranjang ditambah selera makan yang tidak enak, akhirnya kita dapat merasakan kebahagiaan karena kita dapat beraktivitas kembali dengan normal.
Oke, latihan berikut ini akan menciptakan suasana hati yang mirip dengan kejadian diatas.
Bagaimana menemukan kebahagiaan dalam 5 menit :
– Pasang alarm untuk berbunyi dalam 5 menit.
– Tutup mata anda secara melingkar dengan seutas kain.
– Lakukan aktivitas rutin anda sejauh yang anda mampu.
– Ketika alarm berbunyi, bukalah tutup mata anda.

3. Regangkan otot-otot anda

”Bergerak adalah obat untuk membuat perubahan terhadap fisik, emosi dan mental seseorang.”
– Carol Welch –
Orang-orang yang berlatih yoga telah membuktikan bahwa mereka memiliki perasaan dan kondisi tubuh yang jauh lebih baik, sekalipun sesi yang mereka lakukan cukup singkat. Yoga memang bukan konsumsi kebanyakan orang dan dibutuhkan komitmen yang tinggi untuk melakukannya. Anda dapat menggantinya dengan gerakan-gerakan peregangan yang sederhana. Saya biasa melakukannya, terutama setelah lama duduk di depan laptop. Setelah melakukan peregangan-peregangan, perasaan saya menjadi lebih baik.
Bagaimana menemukan kebahagiaan dalam 5 menit :
– Putarlah kepala anda dengan perlahan searah jarum jam, kemudian berlawanan arah jarum jam.
– Ayunkan tangan kiri dan kanan anda melingkar ke arah depan, setelah itu ke arah belakang.
– Putarlah pinggang anda. Lakukan searah jarum jam, setelah itu berlawanan arah jarum jam.
– Jongkoklah dengan posisi kaki kiri diluruskan ke samping. Lakukan hal yang sama dengan kaki kanan.

4. Ambillah nafas yang dalam

”Tariklah nafas dan Tuhan akan mendekati anda. Tahanlah nafas dan Tuhan tetap bersama anda. Hembuskan nafas maka anda akan mendekat pada Tuhan. Tetaplah berhembus dan pasrah kepada Tuhan.”
– Krishnamacharya –
Apakah anda mempunyai nafas yang dalam atau dangkal? Kebanyakan orang mempunyai nafas yang dangkal. Untuk mengetahuinya cobalah lakukan test berikut ini :
Taruhlah telapak tangan anda di perut bagian bawah dan ambillah nafas yang panjang/dalam. Jika perut anda masuk ke dalam saat anda menarik nafas, maka anda tergolong mempunyai nafas yang dangkal. Jika sebaliknya perut anda terdorong keluar, maka anda mempunyai nafas yang dalam.
Tidak masalah anda mempunyai nafas yang dalam atau dangkal, lakukan saja hal-hal dibawah ini.
Bagaimana menemukan kebahagiaan dalam 5 menit :
– Tarik nafas selama 4 hitungan (detik).
– Tahan nafas selama 16 hitungan.
– Buang nafas secara perlahan selama 8 hitungan.
– Lakukan ini sebanyak 10 kali.

5. Rasakan detak jantung anda.

“Kebahagiaan bergetar dengan setiap denyut jantungku.”
– Emily Logan Decens –
Anda mungkin sudah pernah mendengar nasihat : berbahagialah, sebab anda hidup! Kita semua tahu bahwa kita memang hidup, namun kita seringkali jarang ’merasakan’ bahwa kita hidup. Cara tercepat untuk menyadari bahwa anda hidup adalah dengan merasakan aliran darah melalui urat nadi anda.
Bagaimana menemukan kebahagiaan dalam 5 menit :
– Taruhlah 2-3 jari anda di bagian dalam pergelangan tangan anda.
– Rasakan aliran darah yang mengalir pada setiap detak jantung.
– Hitunglah berapa jumlah detak jantung per menit jika diperlukan.
– Renungkan apa tujuan anda hidup.

6. Ingatlah kembali perjalanan tangan anda

Penelitian menemukan bahwa ketika anda membuat suatu usaha untuk mengingat kembali kejadian-kejadian dalam hidup anda, maka ingatan anda akan bekerja untuk anda dan akan menemukan kebahagiaan dalam kejadian-kejadian tersebut.
Bagaimana menemukan kebahagiaan dalam 5 menit :
– Bukalah telapak tangan anda dan lihatlah.
– Ingatlah apa saja yang sudah tangan anda lakukan sepanjang hidup anda.
– Bangkitkan kembali saat tersebut sedetail mungkin ketika anda berhasil mengingatnya.

7. Tetaplah dalam kesunyian

”Kebahagiaan laksana kupu-kupu, dimana ketika anda berusaha meraihnya, ia akan semakin menjauh dari jangkauan anda. Namun, ketika anda duduk dengan tenang, ia akan menghampiri anda.”
– Nathaniel Hawthorne –
Kesunyian menawarkan harta karun tersembunyi yang hanya sedikit orang dapat mengaksesnya. Banyak orang tidak memiliki akses tersebut bukan karena mereka tidak mengetahui caranya, tetapi lebih ke arah mereka tidak betul-betul menyediakan waktu untuk tetap dalam keheningan. Kesunyian mungkin sangat tidak nyaman pada saat pertama kali, karena anda sudah terbiasa dengan suara-suara disekeliling anda sepanjang waktu.
Saya jadi teringat kembali salah satu lagu favorit saya : The Sound of Silence, oleh Simon and Garfunkel. Bagi anda yang ingin mendengarkannya bisa klik disini.
Bagaimana menemukan kebahagiaan dalam 5 menit :
– Matikan TV dan alat-alat lainnya yang mengeluarkan suara.
– Pasang alarm untuk 5 menit.
– Duduk dan dengarkan suara keheningan.
– Rasakan kuping anda ketika mendengarkan suara kesunyian.
Para pembaca yang budiman, semoga 7 cara diatas bermanfaat dan dapat memotivasi anda.

Sunday, February 19, 2017

Sedinhyerr..nape diye nak sekse hidup aku lagi..
Ape yang aku buat pade diye??? Kau tak fikir pe yang aku buat selame ni. Aku tak mintak duit kau pon, aku tak nak ape2 pun dari kau. Aku nak kau lepaskan aku. Aku tak tahan hidup dengan kau. Tolong la Ya Allah kuatkan aku. Aku bukan selalu kuat.Cukuplah kau hina aku,cukuplah. Aku insan yang lemah.

20022017

Monday, February 13, 2017

14 FEBRUARY 2017

When u find happiness, u will find it.
I'm feel very happy coz' I can remove negetive thing in my life.
Thanks for support me~
I LOVE YOU!


Thursday, January 12, 2017

My life always not fun. Aku tak tau kenape dan mengapa. Mungkin Allah dah susun jalan hidup aku. Sebab ada orang yang lagi susah. Kenapa hati aku selalu sedih. Mungkin aku tak hayati kehidupan aku. Kenapa, aku susah nak jumpa orang yang betol betol nak hargai aku? Jahat sangat ke aku ni?  Yang tu aku tak tau. Tapi yang pasti, aku dah jaga diri aku sebaik mungkin. Aku sentiasa ingat Dia.  Yang aku sedih, kenapa dan mengapa. Okay, aku seorang gadis, yang ada impian sama dengan gadis-gadis lain. Iaitu kahwin. Siapa tak nak kan. Macam Islam cakap, couple haram, couple tu haram sebab tak jaga batas-,batas pergaulan. So, aku ni peminat zero. Aku minat orang ada la. Sampai orang tu kahwin aku yang kecewa. Tapi tu dulu. Sekarang aku nak kahwin. Aku terpikir, nak dapat jejaka yang memahami aku, boleh tolong aku di saat aku sedih gembira dan susah. Bab orang cakap susah senang bersama. Ketawa bersama, menangis bersama. Ku bersumpah mati pun bersama. Nak dijadikan cerita. Aku kenal ramai, tapi semua tak series. Kenapa susah sangat nak faham aku. Aku memang tak suka control orang sebab aku tak orang control aku. Sebab aku tau ape yang aku buat. Selagi tak salah disisi agama. Nanti aku sambung...bye. 12jan2017